SUMBANGAN BAGI TUISYEN UMMAH UNTUK GENERASI KITA

RM130 / 4.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita bantu generasi akan datang dengan bantuan tuisyen ummah. Semoga bantuan sumbangan pendidikan tambahan ini berjaya membina generasi kita menjadi lebih cemerlang.


Assalamualaikum para penyumbang yg dirahmati Allah. Desawarsa ini harga barang keperluan asas semakin meningkat seolah-olah tidak terkawal. Mewujudkan suasana resah di kalangan rakyat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Rakyat terutamanya golongan asnaf terpaksa memikirkan belanjawan rumahtangga dengan memotong keperluan yang kurang perlu. 



Kehilangan peratus pendapatan bolehguna akibat kenaikan harga asas mengakibatkan kehidupan terjejas. Antara yang terjejas adalah perbelanjaan untuk pendidikan. Pemotongan belanja pendidikan termasuklah kekurangan perbelanjaan kos tuisyen bagi membantu anak-anak ini lebih memahami ilmu.



Justeru itu pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu golongan-golongan terjejas ini. Kami ingin meringankan beban mereka dengan mencari dana untuk membolehkan anak-anak mereka dihantar untuk belajar tuisyen sama ada online mahupun fizikal. Sasaran kami untuk membantu setiap bulan dengan kos RM30 seorang. Semoga dengan bantuan ini, kita akan dapat menjadikan anak-anak kita manusia yang berilmu dan seterusnya membangunkan generasi kebanggaan kita.



Sabda Nabi SAW

"Boleh jadi engkau diberikan rezeki (oleh Allah) dengan sebab saudaramu itu."

Riwayat At Tirmidzi


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat