Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Mar 16, 2023
RM490 / 9.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah di bulan Ramadhan. Amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin iaitu dermawan. Allah dan RasulNya memerintahkan, bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi seorang yang dermawan serta pemurah.
Maahad tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan muslimin dan muslimat untuk meringankan beban perbelanjaan maahad dengan bantu infaq untuk bekalan telur kepada 70 orang pelajar tahfiz di sini. Majoriti para pelajar di sini adalah dari kalangan asnaf dan juga anak-anak yatim miskin. Telur merupakan makanan yang mudah didapati dan para pelajar lebih kerap menikmati hidangan telur dalam setiap bulan kerana harganya yang murah berbanding ikan, ayam, daging dan lain-lain.
Makanan adalah salah satu sumber yang sukar diperolehi secara kekal kerana pihak maahad kekurangan kewangan dan juga kurangnya sumbangan untuk bahan mentah. Bekalan untuk bahan mentah yang diperlukan sehari adalah sangat banyak kerana terdapat lebih daripada 70 orang pelajar tahfiz yang tinggal di asrama. Untuk makan tengahari sahaja menampung perbelanjaan yang tinggi bagi menyediakan kepada anak-anak yang belajar di madrasah ini. Oleh yang demikian, bahan mentah seperti ikan, daging, ayam, telur, dan sebagainya amat diperlukan
Sehubungan itu, anak-anak tahfiz di sini sangat memerlukan bekalan makanan yang mencukupi untuk memberikan nutrisi kepada badan mereka agar tubuh badan mereka sihat untuk belajar Al-Quran, menuntut ilmu agama dan beribadah. Telur adalah keperluan asas bagi semua manusia termasuklah kita sendiri.
Mari rebut ganjaran keberkatan Ramadhan dengan bantu salurkan bekalan telur kepada para penghafaz Al-Quran ini. Semoga sedekah atau sumbangan yang para dermawan keluarkan dapat memberikan kebaikan dan pahala yang berlimpah serta memberikan kebahagiaan bagi penerima manfaat. Jazakumullahu khairan jaza’.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2023