Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 24, 2023
RM495 / 9.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah mencari dana untuk membeli ubat-ubatan dan membayar bil pelajar tahfiz yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan untuk meneruskan pengajian. Oleh itu, pihak maahad tahfiz membuka tabung infaq RM10 bagi tujuan mencari dan mengumpul dana perubatan bagi menampung kos perbelanjaan tersebut.
Majoriti para pelajar di sini datang dari latar belakang keluarga yang susah dan miskin. Pihak maahad memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk membantu bagi tabung perubatan para pelajar apabila berlakunya kesulitan seperti sakit, demam dan kemalangan yang tidak diduga di maahad. Hal ini kerana, pihak maahad juga tidak memiliki sumber dana yang mencukupi untuk kos rawatan dan ubatan untuk para pelajar.
Islam mengajar kita dengan ujian sakit atau musibah yang melanda kita adalah rahmah pengampunan dosa-dosa kita di sisi rabbul jalil yang diuji dalam kehidupan. Oleh itu, sifat taawun dalam Islam adalah digalakkan sesama kita apabila adanya antara kita yang dilanda musibah.
Pihak maahad tahfiz menyeru muslimin dan muslimat untuk saling ta'awun membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan berinfaq ke tabung dana perubatan anak yatim miskin. Ini bagi membantu mereka mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik untuk mereka berjuang di jalan Allah SWT dalam keadaan sihat dengan menghafal Al-Quran dan menyimpan ilmu wahyu Allah di dalam dada mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 02, 2023
SITI NU RUL AKHMAR BINTI ZAINOL
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
ANWAR M JAMAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2023