MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 29, 2023

SUMBANGAN UNTUK KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM460 / 9.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH RAHMAT DAN KEBERKATAN DENGAN BANTU BERINFAQ UNTUK KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ DI MAAHAD KAMI.


RAIH RAHMAT DAN KEBERKATAN DENGAN BANTU BERINFAQ UNTUK KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN PELAJAR TAHFIZ DI MAAHAD KAMI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak semua yang prihatin kepada pendidikan dan perkembangan kerohanian para pelajar tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami untuk memberikan sumbangan infaq kepada kelas Fardhu 'Ain mereka. Melalui ilmu Fardhu 'Ain, para pelajar ini akan dapat menjalani kehidupan beragama yang lebih bermakna, penuh rahmat, dan penuh dengan keberkatan.



Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan sebaiknya dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan kelas ini dapat berlangsung dengan baik dan efektif. Mulai RM10 mari berinfaq dalam memberikan cahaya agama kepada para pelajar ini sehingga mereka dapat membesar dalam keimanan dan pengetahuan yang mendalam.



Selain itu, infaq yang diberikan akan dimanfaatkan untuk membeli alat bantuan mengajar dan juga digunakan untuk membayar gaji guru-guru mengajar daripada luar mengajar sebagai penghargaan kepada mereka yang berdedikasi dalam membentuk generasi muda yang lebih dekat dengan Allah SWT. Guru-guru ini memiliki peranan dan jasa penting dalam membimbing para pelajar kami dalam memahami dan mengamalkan ilmu Fardhu 'Ain.



Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada muslimin muslimat yang berinfaq untuk kempen ini. Semoga setiap sumbangan tersebut menjadi ladang amal yang terus memberikan manfaat, bukan hanya bagi pelajar, tetapi juga bagi insan yang gemar berinfaq. Yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan kebaikan yang dilakukan dan pahala yang diperoleh akan terus mengalir dalam kehidupan ini dan juga di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat