SUMBANGAN MENYOKONG WIRA NEGARA

RM2,195 / 1.46 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pengumpulan dana ini adalah untuk menyediakan Penyelaras Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHC) secara percuma kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia.


Pengumpulan dana ini adalah untuk menyediakan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHC) secara percuma kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Setiap tahun sebanyak 6,000 ATM Malaysia akan bersara dan Veteran ATM ini mempunyai peluang pekerjaan yang terhad selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.



Oleh itu, kami melihat usaha untuk membantu sebahagian daripada bakal veteran ini untuk mendapatkan sijil kemahiran supaya mereka boleh mendapat pekerjaan yang lebih baik dalam persaraan. Dengan sokongan anda, kami boleh membantu Veteran ATM dan ahli keluarga mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.



Inisiatif ini adalah satu tanda penghormatan kepada pahlawan negara dengan membantu membuka jalan untuk memasuki peluang pekerjaan. Selain itu, pesara ATM dan keluarga juga akan kekal sihat, aktif dan gembira.


Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, “Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari, secara sembunyi dan terang-terangan, mereka akan mendapat pahala di sisi Tuhannya. Dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." [2:274]




Kami kini dengan rendah hati meminta bantuan anda. Dengan kemurahan hati anda, kami bukan sahaja dapat menyediakan lebih banyak penyertaan dalam sijil kemahiran kepada Veteran ATM masa depan tetapi kami juga membantu veteran ini mempunyai peluang hidup yang lebih baik. Berbelanjalah di jalan Allah, bantu kami menguatkan dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi sambil mendapatkan sadaqah jariyah anda hari ini. Sumbangan anda amat bermakna dan memberi sinar baharu kepada Veteran ATM.


Setiap derma kepada kempen ini layak mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2023

SYAZWAN BIN ABDUL SHUKOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat