MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 11, 2024

RAYU BEKALAN AIR BERSIH AWAL MUHARAM KEGUNAAN PELAJAR

RM215 / 7.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH SAMA-SAMA BERINFAQ RM 10 UNTUK DANA BEKALAN AIR BERSIH ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF INI BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT.


Air merupakan satu khazanah Allah yang tidak ternilai harganya. Kegunaan air yang bersih dalam kehidupan manusia juga adalah untuk membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran dan buah buahan. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk mereka meneruskan kehidupan dan tanpa air mereka akan mati dan layu.



Dalam Islam, air memiliki peranan yang sangat penting dalam menjalankan ibadah seharian seperti wudhu, mandi dan lainnya. Oleh kerana itu, membantu orang yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan asnaf agar mudah mendapat akses air bersih untuk beribadah dan menuntut ilmu adalah tindakan yang sangat mulia terpuji dan dianjurkan dalam Islam.



Oleh itu maahad memerlukan dana untuk membekalkan air yang bersih kepada anak-anak tahfiz supaya mereka dapat menjalankan tujuan ibadah, makan, minum, cuci pakaian, membersihkan diri mereka dan lain-lain lagi kegunaan anak-anak yatim dan asnaf di sini.


Rasulullah SAW telah mengajarkan pentingnya sedekah air dan pahala daripada kebaikan ini boleh diniatkan untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal kerana ia sebuah amal baik yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ini adalah salah satu cara untuk berbuat baik kepada sesama manusia dan untuk meraih pahala daripada Allah SWT.



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah melancarkan kempen infaq RM10 bagi tujuan berikut, bagi mencukupkan bekalan air bersih untuk anak-anak syurga ini berjihad menuntut ilmu agama Allah SWT.


"Antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah ialah, Dan seorang lelaki yang bersedekah dan dia merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang disumbangkan oleh tangan kanan."(HR Al-Bukhari)


Sedekah secara sembunyi, iaitu sedekah yang tidak dipamerkan sehingga tidak diketahui oleh orang lain termasuk orang yang paling dekat dengan kita. Rasulullah memuji sedekah sebegini dan meletakkan mereka dalam kategori tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT di hari akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat