MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 21, 2023

RAYU DANA PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM400 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MERAYU KEPADA ANDA SEMUA UNTUK BERINFAQ BAGI PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR BERSIH KEPADA PELAJAR TAHFIZ. SEMOGA KEBAIKAN ANDA DIBERI GANJARAN TERBAIK DARI ALLAH SWT.


“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki,” (Saba’ : 39)


Dalam bulan yang penuh berkat ini, iaitu Rabiulawal, mari sama-sama bersegera untuk memberi infaq kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Sumbangan ini akan membantu dalam pembinaan tapak tangki air yang sangat penting bagi para pencinta Al-Quran di sini. Ayuh salurkan rezeki pada bulan yang penuh keberkatan ini untuk menyokong pendidikan agama anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami.



Kehadiran tangki air bersih adalah sangat penting, terutama di kawasan seperti Ayer Hitam yang sering menghadapi masalah tekanan air yang rendah dan gangguan bekalan air. Sumbangan walaupun serendah RM10 juga mempunyai kesan yang besar dalam membantu menyediakan tapak tangki air yang diperlukan. Dengan bantuan sumbangan dari penyumbang yang dermawan, dapat memastikan pelajar kami menjalani aktiviti ibadah dan pengajian mereka dengan baik.





Sumbangan pada bulan yang mulia ini untuk pembinaan ini akan memberikan akses kepada air bersih yang sangat diperlukan oleh para pelajar kami yang sedang gigih mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Marilah bersama-sama menjadikan bulan ini sebagai peluang untuk berbuat baik dan memberi serta berdoa agar amalan infaq ini diterima sebagai ibadah yang bernilai di sisi Allah SWT. Insya-Allah kebaikan kalian menyumbang ini akan mendatangkan manfaat yang berterusan bagi generasi pelajar yang sedang mempelajari Al-Quran. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZLAN BIN ABDUL AZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat