BANTUAN HADIAH SEMPENA KEM NADWAH KEPIMPINAN RAUDHATUL HUFFAZ

RM180 / 1.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan untuk sumbangan hadiah bagi kem nadwah kepimpinan anak-anak asnaf di pedalaman Sabah.


Raudhatul Huffaz adalah satu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang ditubuhkan membawa pendidikan dan kebajikan untuk anak-anak kecil yang tidak berkemampuan seusia 6 tahun sehingga 12 tahun. Latar belakang anak-anak ini adalah daripada keluarga yang susah, asnaf, yatim dan mualaf. Anak-anak ini selalu bersemangat mengikuti kelas tajaan percuma yang disediakan.


Pada musim sekolah yang bakal tiba, Raudhatul Huffaz akan mengadakan Kem Nadwah kepimpinan untuk anak-anak asnaf ini bagi mencungkil bakat dan potensi anak-anak ini terutama mereka yang berada di Sabah. Kem Ini juga diadakan untuk melahirkan generasi huffaz cilik yang faham serta memahami Al-Quran.



Kem ini telah dijalankan secara mini yang mana setiap kelas bertanding antara pelajar di dalam kelas tersebut, setelah mendapat pelajar yang terbaik barulah pelajar-pelajar ini akan di bawa ke Mega Nadwah iaitu pada musim cuti sekolah ini. Terdapat 3 pertandingan yang bakal disertai oleh anak-anak ini, iaitu:


1.Huffaz Cilik

2.Huffaz Hadis Cilik

3.Daie Cilik



Antara manfaat yang diperoleh dari kem ini yang pertamanya membantu anak asnaf dalam mengenal dan membantu anak asnaf memahirkan tajwid Al-Quran. Membantu anak asnaf dalam pengucapan awam dan dapat menanam sifat kepimpinan dalam diri pelajar itu sendiri. 


SUMBANGAN HADIAH DIPERLUKAN


Untuk Kem Nadwah Kepimpinan Raudhatul Huffaz 2022, kami dengan berbesar hati dari pihak Tuan/Puan untuk bersama-sama kami dalam menaja hadiah untuk diberikan kepada anak-anak asnaf Sabah bagi mereka yang berjaya mendapat tempat dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Peruntukan yang kami perlukan ialah sebanyak RM10000.



Justeru itu, melalui sumbangan yang diberikan besarlah harapan kami agar pihak Tuan/Puan/Cik  dapat membantu anak-anak asnaf bagi menjayakan kem ini. Bantu mereka semampu yang boleh kerana jika bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi, jika bukan sekarang bila lagi?


Semoga sumbangan Tuan/Puan/Cik dapat memberi manfaat kepada anak-anak asnaf kami dan dengan sumbangan kecil Tuan/Puan/Cik menjadi amal jariah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

FARHANAZAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat