MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 23, 2024

INFAQ MUHARAM TAMBUN TANAH MADRASAH ANAK YATIM TAHFIZ ASNAF

RM115 / 0.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangkan harta berkekalan dengan melibatkan diri dalam projek tambunan tanah tambahan fasa 2 sekitar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Ayuh bersama kami!


Pihak jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan besar hati membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama membuat infaq bagi pembelian tanah untuk menambun tanah tambahan untuk fasa kedua di sekitar Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Tujuan meluaskan kawasan maahad tahfiz ini adalah membangunkan tanah yang terbiar untuk projek-projek yang kami rancang di masa depan. Selain itu, menyediakan tapak bagi projek-projek yang akan datang seperti membina pagar, dapur masak, dewan makan dan lain-lain lagi.



Untuk makluman, alhamdulillah pihak kami berjaya mengumpulkan dana untuk menambun tanah tambahan sekitar maahad ini untuk fasa pertama. Kerja-kerja timbun tanah dan merata tanah bagi fasa pertama sekarang sudah selesai.


Oleh itu, pihak kami memerlukan tanah sebanyak lebih kurang 100 buah lori lagi bagi meninggikan tambunan tanah supaya sama dengan tahap ketinggian dengan projek perumahan yang terletak bersebelahan maahad kami. Jadi, harga bagi 1 lori beserta kos upah jentolak ialah RM270.



Ayuh, kita bersama-sama membahagi kasih terhadap anak-anak yatim tahfiz dan asnaf ini dengan menginfaq RM270 atau boleh juga menyumbang dengan keikhlasan kalian bermula RM10 bagi menjayakan projek ini. 



Jadi, pihak maahad amat mengalu-alukan sumbangan para penyumbang yang mulia untuk menyumbang dana infaq tambun tanah tambahan sekitar pondok tahfiz ini. Semoga kesungguhan dan pahala pelajar yang susah payah untuk menuntut ilmu agama turut sampai kepada penyumbang yang mulia.


“Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jul 24, 2024

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2024

ALLAHYARHAMAH HAJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2024

MOHDSHAHRIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat