MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jun 25, 2024

BANTU KOS PERUBATAN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM285 / 9.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH INFAQ BAGI MEMBANTU KOS PERUBATAN PELAJAR TAHFIZ MISKIN AGAR MEREKA DAPAT BELAJAR DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA.


Kebelakangan ini, ramai pelajar kami diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Pihak maahad mengajak saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk menyumbang bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar tahfiz miskin di saat mereka diduga dengan masalah kesihatan.



Allah SWT menjanjikan pahala yang besar bagi mereka yang membantu meringankan beban orang lain, terutamanya dalam hal kesihatan dan kesejahteraan. Dengan menyumbang untuk keperluan perubatan, anda membantu memastikan pelajar asnaf dan yatim dapat belajar dengan lebih baik dalam keadaan kesihatan yang terjaga.


"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim)



Pihak maahad menyeru kepada anda semua untuk bersama-sama menyokong kempen infaq perubatan ini dan membantu pelajar-pelajar asnaf dan yatim di sini agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera. Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya untuk memastikan keperluan perubatan mereka dipenuhi.



Marilah kita merebut peluang ini untuk menambah bekalan akhirat kita dengan berinfaq bagi keperluan perubatan anak-anak yatim dan asnaf. Hulurkanlah bantuan untuk memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat