KEMPEN BERKHATAN ANAK ANAK ASNAF

RM135 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM MENYUMBANG UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA ASNAF KITA MENGKHATANKAN ANAK-ANAK. SEMOGA ANAK-ANAK INI AKAN MENJADI GENERASI YANG MEMPERJUANGKAN AGAMA DAN DIREDHAI ALLAH.


Assalamualaikum. Kenaikan inflasi di dunia dan di negara kita amat menjejaskan pendapatan dan kehidupan rakyat. Harga barangan yang semakin naik menyebabkan pendapatan rakyat semakin berkurangan. Apatah lagi kesannya yang lebih besar kepada golongan asnaf yang sedia terjejas pendapatan.



Ditambah pula dengan kenaikan berantai harga perkhidmatan beberapa sektor. Antara yang terlibat sama adalah sektor kesihatan. Kenaikan sehingga lebih 50% perkhidmatan amat membebankan golongan asnaf. Apatah lagi dengan berkurangnya pendapatan bersih golongan ini.



Berkhatan adalah salah satu tuntutan agama yang sangat-sangat digalakkan. Setiap ibu bapa mengimpikan dapat memberikan kenangan terbaik bagi anak mereka yang bakal menjengah usia dewasa. Namun begitu kenaikan harga perkhidmatan berkhatan juga telah menjadi bebanan kepada para ibu bapa ini. Dengan harga perkhidmatan antara RM150 - RM350 amat-amat membebankan golongan ini. Oleh kerana itu, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mereka. Sasaran kami adalah seramai 50 untuk dibantu dengan capaian RM100 seorang. Insya Allah pahala berganda dan ucapan terima kasih diberikan kepada para penyumbang.



Al-Imam Ath-Thobari rahimahullah berkata,

وفيه من الفقه أن كل من أعان مؤمنًا على عمل بر فللمعين عليه أجر مثل العامل

“Dan dalam hadits ini terdapat fiqh (pemahaman) bahwa setiap orang yang menolong seorang mukmin dalam melaksanakan satu amalan kebaikan maka orang yang menolong tersebut mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkannya.”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AZRITA ARZEMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat