RAYUAN INFAQ UNTUK AZAN DI PULAU MANDIDARAH

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
26 Oct, 2022
RAYUAN INFAQ UNTUK AZAN DI PULAU MANDIDARAH
35.13%
RM1,405
/RM4,000
79
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini untuk membantu Surau Pulau Mandidarah (juga dikenali Pulai Maridala) memasang PA System dan menara speaker untuk melaungkan azan. Inilah satu-satunya surau yang dibina di pulau ini.

JOM BANTU PERDENGARKAN AZAN YANG PERTAMA DI PULAU INI

Pada 19 September 2022 yang lalu, kami telah berpeluang melawat beberapa pulau-pulau terpencil diperairan Laut Sulu, Sabah. Antara tujuan kami ke sana adalah untuk meninjau bagi keperluan membina telaga air atas permintaan penduduk di situ. Ketika berada di Pulau Mandidarah (suku Ubian memanggilnya sebagai Pulau Maridara), kami mendapati di pulau ini ada sebuah surau yang cantik dari luarannya kerana baru dicat tetapi di dalamnya serba dhaif kerana masih dalam pembinaan.

Inilah satu-satunya surau untuk penduduk di sini yang mempunyai penduduk 100% Muslim untuk mereka beribadah dan solat jumaat. Namun, surau ini baru 90% siap dan tidak mempunyai PA System dan menara untuk pembesar suara bagi melaungkan azan. Mereka membina surau ini dengan mengumpul duit melalui rayuan derma serta dari poket masing-masing. Ketua kampung di sini memohon kepada kami untuk membantu memasang PA System dan juga speaker untuk surau ini. Setakat ini tiada penyumbang untuk ini.

Islam di Sabah

Pada tahun 1960, jumlah penduduk Sabah yang beragama Islam hanya 38%, dengan kata lain umat Islam merupakan penduduk minoriti ketika itu manakala mereka yang bukan beragama Islam adalah penduduk majoriti. Hari ini, subahanallah 70% dari penduduk Sabah adalah Muslim. Antara faktor perubahan demografi ini adalah disebabkan usaha-usaha dakwah, imigrasi dan mereka berbondong-bondong memeluk Islam di Sabah. Firman Allah SWT, yang bermaksud:

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

(Sura An-Nasr, 110:1-3)

Kita semua tahu Sulu dan Filipina menuntut Sabah sebagai wilayahnya. Bagi kita, Sabah adalah wilayah kita tanpa keraguan. Oleh itu, mari kita pertahankan kedaulatan wilayah kita ini dengan membantu Sabah, khususnya pulau-pulau kecil di Laut Sulu ini dengan 100% penduduk Islam ini terus terbela sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Kos kecil tetapi pahala berterusan Anggaran kami RM4,000 untuk membeli dan memasang PA System seperti berikut:

1. 2 unit horn speaker

2. 1 headset microphone

3. 1 microphone

4. 2 roll cable untuk speaker

5. 1 menara untuk speaker

Elektrik dijana dengan papan solar dan bateri. Ayuh, kita bantu Sabah, Malaysia! Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

05 Dec 2022

4/12/2022, Pulau Mandidarah, Sabah.

Alhamdulillah, satu set PA system berserta 2 microphone dan peralatan berkaitan yang lain, telah selamat disampaikan kepada Ketua Kampung di sini untuk kegunaan satu-satunya surau di pulau terpencil ini.

Untuk makluman, surau ini masih dalam proses pembinaan, kini 95% peratus siap.

Pelayaran ke surau ini dengan bot jika dari Pitas adalah 2 jam, jika dari Kudat adalah jampir 5 jam.

Terima kasih atas sumbangan anda semua dan semoga setiap kali azan dikumandangkan di pula kecil ini, pahala jariah mengalir kepada kita semua tidak kira berapa sumbangan kita, insya Allah, aamiin.

05 Dec 2022

4/12/2022, Pulau Mandidarah, Sabah.

Alhamdulillah, satu set PA system berserta 2 microphone dan peralatan berkaitan yang lain, telah selamat disampaikan kepada Ketua Kampung di sini untuk kegunaan satu-satunya surau di pulau terpencil ini.

Untuk makluman, surau masih dalam proses pembinaan, kini 90

27 Oct 2022

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

SUHAIMI BIN SULAIMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 25, 2022
MUHAMMAD FAIZAL MOHD NOR
Menyumbang sebanyak RM160.00
Nov 25, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
INFAQ AL QURAN UNTUK NEGARA MINORITI ISLAM
INFAQ PEMBINAAN TANDAS DAN BUMBUNG KANOPI TAHFIZ
INFAQ UNTUK MEMBELI BUKU PERPUSTAKAAN PELAJAR ISLAM
INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBINA BANGUNAN UNTUK PELAJAR ISLAM
Kempen Sumbangan Tamat