Mimpi kita untuk menghadirkan kenyamanan beribadah bagi saudara-saudara di Dasan Gunung hampir terwujud. Namun, dahaga mereka akan tempat wudu yang layak masih belum boleh dibina. Bayangkan, anak-anak penghafal Al-Quran dan para jemaah harus berwuduk di sungai yang jauh dan penuh bahaya saat musim kemarau.

Memasuki musim kering, kolah tanah yang sebelum ini digunakan oleh anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah telah kering dan hanya menjadi lopak nyamuk. Ini memaksa mereka untuk berwuduk di sungai yang jauh dan berbahaya, situasi yang bukan sahaja tidak sesuai, tetapi, juga membahayakan keselamatan mereka.

Asar Humanity sekali lagi mengajak anda untuk mengambil peluang ini dengan menyumbang kepada pembinaan telaga wuduk di Musala Al Hijrah. Untuk mencapai sasaran keseluruhan kos sebanyak RM30,225, kita memerlukan bantuan anda. Dana ini akan digunakan untuk menggali telaga sedalam 50 hingga 60 meter, memasang paip, dan membina kemudahan wuduk dan sanitasi yang diperlukan.

Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu kami mencapai matlamat ini. Sumbangan anda akan membawa kami lebih dekat untuk menyediakan kemudahan wuduk yang selamat dan bersih bagi anak-anak al-Quran dan jemaah di Musala Al Hijrah. Sumbangan anda bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas penduduk kampung, tetapi juga menjadi amal jariah yang bernilai di sisi Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama, dengan izin Allah SWT, merealisasikan telaga wuduk ini. Sertai kami dalam usaha murni ini dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk Kampung Dasan Gunung. Jangan lepaskan peluang untuk beramal jariah. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan niat ikhlas kita dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Jom #BuatBaik!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, baru-baru ini ASAR Humanity bersama para relawan telah berjaya mengirimkan bantuan air bersih sebanyak 10,000 liter untuk warga Desa Dadapayam, Kecamatan Suruh, Kabupaten Semarang. Wilayah ini menghadapi kesulitan mendapatkan air bersih kerana ketiadaan sumber air yang mencukupi.

Bantuan ini disalurkan ke 3 titik utama di sekitar kampung, dan kami bersyukur melihat antusiasme warga yang hadir untuk mendapatkan air bersih. Para relawan yang terlibat turut merasa gembira dapat membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Dadapayam.

Terima kasih yang tak terhingga kepada para donatur yang telah menyumbangkan rezekinya melalui ASAR Humanity. Semoga setiap titis air yang diberikan menjadi amal jariah yang diberkati oleh Allah SWT dan memberikan manfaat berpanjangan kepada warga Desa Dadapayam serta relawan yang telah berusaha.

"Barang siapa memberi minum kepada yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minum dari telaga Kautsar di akhirat kelak."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Mari teruskan misi kebaikan ini bersama ASAR Humanity.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini