INFAQ PENGGANTIAN PERALATAN SURAU YANG USANG DI SARAWAK

RM1,060 / 7.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

60 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat sekalian dalam membantu memperkukuhkan rumah ibadah umat Islam di Sarawak. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat nanti.


Kebanyakan surau ini memerlukan perhatian khusus untuk menukar beberapa peralatan yang telah usang dan juga menambah beberapa peralatan lain berikutan keadaan semasa yang tidak sama seperti dahulu. Mungkin dahulu penggunaan satu unit mikrofon sudah mencukupi, namun kini pihak surau memerlukan lebih dari satu unit. Bukan itu sahaja, mungkin ada di antara pembesar suara yang telah tidak dapat digunakan lagi berikutan ianya telah usang dan perlu digantikan semula.



Antara barangan yang pernah diberikan untuk pihak AJK menukar keperluan semasa surau mereka bagi keselesaan jemaah.


Tikar, lampu, peralatan elektrik dan pelbagai peralatan lain yang digunakan kini tidak lagi berada dalam keadaan yang baik. Pihak kami berharap dapat memohon bantuan dan sumbangan daripada orang-orang yang prihatin untuk membantu kami menyediakan peralatan surau yang lebih baharu dan selesa digunakan. 



Dengan adanya sumbangan daripada para dermawan, kami pasti dapat menyediakan kemudahan yang lebih selesa bagi jemaah yang menggunakan surau ini kelak. Kami amat menghargai sebarang sumbangan yang diberikan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang diberikan. 



Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu khair.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

SHAHDAN BIN HUSIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat