MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 13, 2023

MERAYU PEMBINAAN BILIK MANDI PELAJAR SIAP SEGERA

RM225 / 2.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI MENABUNG SAHAM AKHIRAT DENGAN BERINFAQ BAGI PEMBINAAN BILIK MANDI KEPADA PELAJAR LELAKI DI MAAHAD TAHFIZ. SEMOGA SUMBANGAN INI DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menghadapi keperluan mendesak untuk meningkatkan fasiliti bilik mandi kami kerana berlakunya pertambahan bilangan pelajar di maahad tahfiz. Bilik mandi yang sedia ada tidak mencukupi lagi untuk menampung pertambahan tersebut. Oleh itu, dengan sumbangan infaq dari dermawan yang baik hati akan dapat membantu pembinaan bilik mandi tambahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar kami.



Sehubungan itu, pihak maahad berhasrat ingin membina 6 buah bilik mandi kepada pelajar lelaki kami. Buat masa sekarang para pelajar hanya mandi di tandas kerana bilik mandi yang sedia ada tidak mencukupi. Sumbangan dana daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak maahad membina tambahan bilik mandi untuk kemudahan para pelajar kami membersihkan diri dan bersuci.



Selain itu, sumbangan infaq ini tidak hanya membantu dalam pembinaan bilik mandi yang lebih kondusif, tetapi juga memberi manfaat kepada kesejahteraan dan keselesaan pelajar kami dalam pembelajaran dan ibadah mereka. Ini adalah peluang untuk mengumpul saham akhirat dalam pendidikan agama dan membantu anak-anak tahfiz untuk hidup di maahad dalam persekitaran yang baik.




Akhir kata, jazakumullahu khairan jaza atas kemurahan hati para dermawan yang menderma bagi menjayakan kempen ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda dengan pahala yang melimpah dan memberikan keberkahan dalam kehidupan dunia akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat