MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 01, 2023

INFAQ KOS PENGAJIAN 2 ORANG PELAJAR ASNAF DARI PEDALAMAN SABAH

RM975 / 32.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH GANDAKAN PAHALA DENGAN MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KOS PENGAJIAN 2 ORANG PELAJAR ASNAF DAN MISKIN DARI PEDALAMAN SABAH UNTUK MENUNTUT ILMU.


AYUH GANDAKAN PAHALA DENGAN MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KOS PENGAJIAN 2 ORANG PELAJAR ASNAF DAN MISKIN DARI PEDALAMAN SABAH UNTUK MENUNTUT ILMU.


Allah SWT amat menyukai hamba-Nya yang mempersembahkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama kepada mereka yang sedang belajar dan mengajarkan Al-Quran. Di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah terdapat dua orang pelajar asnaf miskin yang datang daripada Sabah untuk mengejar cita-cita mereka. Mari bersama hulurkan sumbangan kasih sayang bagi membantu pendidikan anak-anak muda ini.



Setiap sumbangan anda membawa harapan dan memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pendidikan dan menghafal Al-Quran dengan lebih baik. Pelajar tahfiz dari Sabah ini telah tekad memilih jalan agama dan ilmu hafalan Al-Quran. Sungguh tinggi cita-cita mereka untuk mendalami ilmu tentang Al-Quran.



Pihak maahad dengan rendah hati memohon sumbangan daripada muslimin dan muslimat untuk bersama-sama memberi sumbangan agar pelajar ini dapat menimba ilmu dengan lebih baik di maahad ini. Anggaran kos pendidikan selama setahun bagi 2 orang pelajar ini adalah RM10,000 iaitu kos yuran pengajian, kebajikan, duit poket, pakaian dan lain-lain lagi.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan perjalanannya menuju syurga. Malaikat akan menaungi penuntut ilmu dengan sayapnya kerana reda terhadap perkara yang dia lakukan.


Sehubungan dengan itu, bermula dengan RM10, tuan/puan boleh mula menyumbang untuk membantu 2 orang pelajar ini. Bersama-sama kita dalam membantu pelajar tahfiz ini menuntut ilmu di maahad ini. Sesungguhnya besar ganjaran pahala kerana membantu pelajar ini untuk menuntut ilmu.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan dan sokongan para dermawan. Setiap sumbangan yang disumbangankan amat bermakna bagi pelajar asnaf ini untuk mencapai cita-cita mereka. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dan sumbangan saudara-saudari sekalian dengan limpahkan rahmat dan keberkatan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ANAS HASSAN

Menyumbang sebanyak RM15.00

Sep 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 03, 2023

IZATUL ASHIKIN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat