Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM11,019 / 36.73 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
445 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sudah hampir 3 tahun kami usahakan untuk membeli sebuah van namun masih tidak kesampaian. Jumlah terkumpul setakat ini hanya RM11,000. Sedangkan harga pasaran van jenis Hiace terpakai dengan keadaan baik adalah sekitar RM60,000 dan ke atas. Baru-baru ini ada seorang hamba Allah menjanjikan untuk mewakafkan sebanyak RM30,000. Oleh itu, kami memerlukan lagi RM19,000 sahaja lagi.
Tanpa van sendiri, kami bergantung kepada kenderaan sewa.
Seringkali kami tidak dapat menghantar muallaf menghadiri kursus kerana tiada kenderaan atau mampu hantar beberapa orang sahaja dengan kereta AJK. Tujuan utama van ini ialah untuk mengambil asnaf muallaf dari tempat jauh dan mereka yang tiada kenderaan untuk menghadiri kelas-kelas bimbingan, kursus dan aktiviti lain anjuran PERKIM dan lain-lain badan agama.
Khususnya, mualaf baru setahun jagung memeluk Islam, mereka perlu sentiasa disantuni dan perlu dibimbing. Sebuah van juga akan bermanfaat untuk pendakwah PERKIM melaksanakan misi-misi kebajikan dan dakwah secara lebih aktif. Kebanyakan ahli-ahli kami juga adalah M40 dan B40 sahaja.
Ayuh, menyumbang seikhlas hati! Kali ini kita jayakan usaha ini walau membeli sebuah van dahulu. Ambil peluang bulan Ramadhan ini, sebelum berakhir, untuk menempah saham pahala sedekah jariah, sedekah yang berterusan selagi van ini bermanfaat, insya Allah. Sekecil mana pun infaq anda, semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, hasil sumbangan anda semua, PERKIM BTP telah pun berjaya membeli sebuah van dan van ini telah pun ditukar nama kepada PERKIM BTP, telah ditampal logo dan nama organisasi.
Terkini, van ini telah pun mula digunakan untuk:
- Mengambil dan menghantar ke kelas fardu ain dan menghantar pulan, iaitu untuk muallaf yang tiada kenderaan (3 kali seminggu)
- Telah membawa 10 peserta termasuk muallaf menghadiri kursus penandaan arah kiblat anjuran bersama PERKIM BTP, UTM dan AITAF.
- Program Korban
Insya Allah, dengan adanya van ini PERKIM BTP akan memastikan muallaf hadir kursus-kursus anjuran MAIS atau LZS dengan mengambil dan menghantar mereka.
Kami doakan semua penyumbang semoga dimurahkan rezeki anda semua dunia dan akhirat.
Terima kasih sekali lagi.
21/5/2023, PERKIM BTP telah menyertai Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri di mana tema PERKIM BTP kali ini ialah makanan tradisi Muallaf. PERKIM BTP bersama Muallaf berbilang kaum (India, Cina, Sabah, Sarawak dan Siam warga Malaysia), selain itu ahli-ahli yang berbilang kaum juga (Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak) telah memasak dan menghidangkan chapati, thosai serta kari kambing dan juga bubur manis "payasam".
Walaupun, masakan kaum Tamil dan Punjabi, Muallaf dari kaum lain turut terlibat dan belajar memasak.
Pengunjung juga teruja makan di gerai kami kerana makanan kami hidang adalah lain dari kebiasaan. Inilah antara objektif PERKIM BTP iaitu memberi mesej bahawa memeluk Islam bukan bermakna perlu tinggalkan makanan tradisi yang halal lagi toyibbah. Hari Raya bukan bererti kita hanya makan ketupat dan rendang sahaja, semua makanan halal dan toyyibah adalah makanan Islam.
Terima kasih kepada anda yang menyokong usaha dakwah PERKIM.
Dengannya ada van kelak, kami mampu melakukan lebih banyak aktiviti dakwah dan kebajikan.
Teruskan sokongan anda kepada PERKIM BTP.
14/5/2023, alhamdulillah sementara tunggu dana cukup, kami teruskan pencarian van yang terbaik dengan harga yang terbaik.
Bersama kami ditemani oleh seorang mekanik berpengalaman untuk memastikan van yang akan dibeli nanti tiada apa-apa masalah di kemudian hari.
Kini kami hanya menunggu dana sahaja.
Salah satu aktiviti PERKIM BTP ialah terus menerus menyantuni anak-anak yatim. Tanpa van, kami agak sukar membawa anak-anak yatim dari satu tempat ke satu tempat.
Ayuh tuan / puan yang dermawan, bantu kami beli van.
Kami memerlukan lagi RM17,000 sahaja lagi.
Hulurkan Sedekah Juma'at anda hari ini.
Kami masih memerlukan RM17,000 untuk membeli van ini.
Sambil itu kami terus tinjau dan cari van terbaik (kut kut ada dapat harga murah), tapi selain van bekas accident, tiada yang dapat murah bawah RM80,000.
Hasil tinjauan kami bersama seorang mekanik berpengalaman, van ini yang kami sangat berkenan sebab aircond ada sampai ke belakang, enjin cantik dan tidak pernah kemalangan.
Duit sahaja belum cukup. Calonnya sudah ada.
Jom wakaf van untuk kegunaan dakwah dan kebajikan, anak yatim dan muallaf.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 06, 2023
AHMAD SAFRI BIN MAT JEBAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023