MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 10, 2023

DANA PEMBINAAN BILIK MANDI BUAT PELAJAR TAHFIZ

RM135 / 1.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KUMPUL SAHAM AKHIRAT DENGAN INFAQ UNTUK PEMBINAAN BILIK MANDI BAGI KEMUDAHAN ANAK-ANAK TAHFIZ INI BERSUCI DAN BERISTINJAK. SEMOGA BANTUAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati memohon saudara-saudari sekalian untuk bersama-sama menyumbangkan infaq bagi pembinaan bilik mandi yang selesa dan bersih untuk para pelajar tahfiz. Seiring dengan penambahan bilangan pelajar di maahad memerlukan pihak maahad menambah fasiliti bilik mandi lagi buat kemudahan para pelajar di sini.



Pihak maahad dalam usaha ingin membina lagi enam buah bilik mandi kepada pelajar lelaki untuk kemudahan mereka membersihkan diri dan beristinjak. Sumbangan infaq ini bukan sahaja akan meningkatkan keselesaan mereka dalam menjalankan ibadah dan pendidikan, malahan juga akan membantu mencipta persekitaran yang kondusif bagi perkembangan rohani dan jasmani mereka.



Akhir kata, mari bergandingan tangan dalam menjayakan usaha pembinaan ini bersama pihak maahad, dengan harapan sumbangan ini akan diterima oleh Allah SWT sebagai amal jariyah yang berkekalan. Semoga Allah membalas kebaikan para dermawan dengan limpahan keberkatan dan rahmat-Nya.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat