MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 25, 2023

SEDEKAH JARIAH BERAS SEMPENA BULAN MAULIDUR RASUL KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM325 / 10.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH PAHALA BERTERUSAN DENGAN MEMBERI SEDEKAH MAKANAN KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM DI MAAHAD. AYUH KITA BANTU!


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Riwayat Muslim, 2983)

Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat untuk menjayakan kempen sedekah beras ini sebagai usaha memenuhi keperluan seharian anak-anak tahfiz yang sedang menuntut ilmu di sini. Nasi adalah makanan ruji bagi seorang pelajar agar kekal bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar.



Maahad tahfiz kami mempunyai 70 orang pelajar di mana sebahagian daripada mereka berasal dari golongan anak yatim dan keluarga asnaf yang kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat mereka untuk menuntut ilmu menghafal Al-Quran. Di dalam ajaran agama, Islam memerintahkan kaum muslimin untuk membantu mereka iaitu memberikan kasih sayang dengan ikhlas serta memberikan perlindungan kepada mereka, berikan mereka pendidikan agama, dan bimbingan moral. Mereka juga layak diberikan ilmu yang bermanfaat di dunia.



Memberi makan kepada orang yang lapar adalah satu tindakan yang paling penting dalam Islam. Rasulullah SAW membimbing umat Islam untuk menjaga satu sama lain dengan memberi golongan ini makan dan bersedekah. Oleh itu, berkongsi makan adalah cara terbaik untuk menyatukan masyarakat dan anak-anak tahfiz ini. Seperti yang kita tahu ganjaran menyediakan makanan akan memperolehi ganjaran sedekah yang berterusan walaupun selepas mati.


Akhir kata, sedekah jariah adalah pelaburan kita di akhirat kelak, dan tidak ada bentuk yang lebih baik untuk mendapatkan pahala. Allah menyifatkan orang yang memberi makan kepada fakir miskin sebagai mereka yang akan mewarisi Jannah dan termasuk dalam golongan sahabat kanan. Nabi Muhammad SAW juga bersabda bahawa apa sahaja yang disedekahkan (zakat dan sedekah) atau diberikan kepada orang miskin adalah pahala yang kekal dan akan melindungi umat Islam dari api neraka pada hari kiamat.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 28, 2023

RADIAH BINTI MOHD ALI

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat