Salah satu bentuk ‘sadaqah jaariyah’ terbaik adalah menaja pendidikan anak.
Program "Kembali ke Sekolah" adalah salah satu program tahunan kami, yang mensasarkan anak-anak dari keluarga yang daif dengan pendapatan isi rumah rata-rata tidak melebihi MYR1,000 sebulan. Bantu kami menaja anak-anak yang tergolong dari keluarga penoreh getah.
Di Malaysia, penggal sekolah baru dibuka semula pada Januari. 
Secara kebetulan, November hingga Februari biasanya merupakan musim hujan monsun di Malaysia. Hujan lebat pada masa ini akan menghalang orang miskin daripada menoreh getah. Sekiranya hujan malam sebelumnya, pokok getah menjadi basah, penoreh getah harus menunggu sehingga cukup kering, atau susu getah hanya akan mengikuti jalan kelembapan di bawah batang pokok. Tetapi jika hujan terus turun, seperti yang berlaku pada musim tengkujuh ini, mereka tidak akan dapat menoreh getah selama beberapa hari. Dan inilah masanya, kebanyakan penoreh getah ini akan terpaksa memilih, antara keperluan kehidupan seperti makan untuk keluarga atau melengkapkan keperluan sekolah. Selalunya, ramai yang terkandas, menyebabkan ada anak anak yang tidak dapat kelengkapan atau terus tidak ke sekolah, kerana tidak mampu. 
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Selalunya, ibu bapa mereka tidak menolak untuk menghantar mereka ke sekolah tetapi dek kemiskinan, terpaksa mereka korbankan. Ia adalah kerugian amat besar apabila anak-anak kecil ini
terpaksa berhenti sekolah, diatas sebab kemiskinan. Bagaimanakah dapat mereka keluar dari kepompong kemiskinan tanpa pelajaran.
Atas sebab ini, program ‘Back to School’ Al-I'tisam telah mensasarkan anak-anak keluarga penoreh getah. Pada tahun 2021 ini, kami mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya 100 anak ke sekolah dari Sik, Kedah.
Jom, bersama membantu memastikan mereka dapat permulaan yang terbaik. Kita bantu meringankan beban keluarga keluarga ini.




Hasil dari kempen ini telah dilaksanakan program Back to School khas untuk anak-anak mangsa banjir kepala air di Yan yang hilang segala barang dalam rumah termasuk peralatan dan pakaian sekolah mereka. Program ini telah dilaksanakan pada 25/9/2022 di sebuah pasaraya di Yan. Seramai 150 pelajar dan murid sekolah telah diraikan dalam program ini.
Sekali lagi, terima kasih para penyumbang.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini