MISI KEMANUSIAAN GEMPA BUMI TURKI

Dimulakan pada:
07 Feb, 2023
MISI KEMANUSIAAN GEMPA BUMI TURKI
100.42%
RM100,415
/RM100,000
2978
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Rakyat Turki sedang menderita, bantuan diperlukan dengan kadar segera! Jom bersama PPIM, MUSLIM CARE & Altimet membantu mereka yang sedang menghadapi musibah gempa bumi.

Allahuakhbar! Dugaan buat rakyat Turki yang majoritinya saudara Muslim kita menghadapi gempa bumi yang amat dahsyat disana.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turki semenjak 4 hari lalu telah merobohkan ratusan bangunan dan angka kematian melonjak kepada sekurang-kurangnya 3500 orang setakat hari ini. Kejadian gempa bumi tersebut juga mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, bangunan dan kediaman di wilayah-wilayah yang terkesan akibat kejadian tersebut seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa.

Beratus-ratus lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan jumlah korban dijangka terus meningkat apabila anggota penyelamat menjalankan kerja mencari di timbunan runtuhan bangunan di bandar dan pekan seluruh kawasan terbabit. Beribu-ribu rumah berkemungkinan telah musnah, memisahkan keluarga dan mendedahkan mereka kepada cuaca yang terlalu sejuk di bawah paras beku.

Sukar untuk dibayangkan keadaan mereka disana semasa gempa bumi berlaku. Mereka diuji dengan cuaca buruk musim sejuk, hujan dan bersalji ketika bangunan runtuh dan gegaran susulan yang kuat berterusan. Ramai yang tinggal di bangunan rosak akibat pengeboman sebelum ini. Pasukan penyelamat juga mengalami kesulitan untuk menyelamatkan mangsa yang terkorban kerana cuaca yang sangat dingin dan bersalji, mereka juga tidak mampu bertahan.

Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan dengan dugaan mangsa di sana, PPIM merayu sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu demi meringankan beban rakyat Turki yang terkesan. Menghulurkan sumbangan melambangkan kebersamaan dan kesatuan umat seterusnya membantu mengajar kita erti solidariti sosial, ukhuwah Islamiyah, perdamaian serta keprihatinan sesama saudara. Buat pengetahuan semua, sumbangan ini bakal meliputi:

1. Pakaian musim sejuk

2. Selimut

3. Makanan siap masak

4. Khemah untuk berlindung

5. Bantuan perubatan

Ayuh sama-sama kita hulurkan bantuan, menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap Muslim membantu dan meringankan beban apabila ada antara Muslim ditimpa musibah serta kesulitan. Semoga Turkiye tabah menghadapi ujian ini dan kita tembakkan doa yang berterusan agar warganya dilindungi dan dirahmati Allah SWT.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”

(Al-Ma’idah: 2)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

22 Feb 2023

InsyaAllah team PPIM, sumbangan.com dan MuslimCare akan berlepas ke Turki untuk misi kemanusiaan. Segala hasil sumbangan anda telah dibelikan barang keperluan seperti makanan siap masak, baju sejuk dan selimut akan diagihkan kepada mangsa yang terkesan disana nanti. 

Ketahuilah anda juga bersama kami ke Turki dengan sumbangan yang diberikan. Teruslah menyumbang sehingga sasaran kita berjaya dan mampu membantu lebih ramai mangsa.

21 Feb 2023

Dilaporkan dari Muslim Care Malaysia-Syria yang berada di Turkiye sekarang, terdapat gegaran yang agak kuat berlaku di Adana, Turkiye pada jam 8 malam waktu tempatan. Bersamaan jam 2 pagi waktu Malaysia tadi.

                                 حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.  

Semoga Allah menyelamatkan saudara-saudara kami di Turkiye.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan. Tepat pada sasaran, Tepat pada waktunya. 

Ayuh tunjukkan sokongan anda bersama PPIM, sumbangan.com dan MuslimCare membantu mangsa gempa bumi di Turkiye!

Jom #BuatBaik!

Rujukan Terkini

1
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah

115
2
Luli Aisah

Luli Aisah

Jumlah

6
!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat