AYUH BANTU SAUDARA KITA UBAH MASA DEPAN

Dimulakan pada:
25 May, 2023
AYUH BANTU SAUDARA KITA UBAH MASA DEPAN
1.33%
RM40
/RM3,000
4
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Membantu sahabat kita yang ingin mengubah masa depan adalah satu usaha murni yang wajar disokong. Ayuh kita sumbang dan berikan kemudahan bagi mereka untuk terus istiqomah.

Pihak Komuniti Ihsan Negeri Johor dengan penuh rendah diri memohon bantuan makanan harian bagi Pusat Pemulihan At Taubah yang berdedikasi dalam membantu individu yang memerlukan pemulihan daripada pelbagai masalah sosial dan kesejahteraan. Pusat pemulihan ini menjadi tempat perlindungan dan penyembuhan bagi golongan yang terpinggir, termasuk mereka yang menghadapi kemiskinan, kekurangan makanan dan kerentanan lainnya.

Sejak penubuhannya, pusat pemulihan ini telah memberikan sokongan yang penting kepada mereka yang terpinggir dalam masyarakat. Namun, kami menghadapi cabaran besar dalam memastikan kecukupan bekalan makanan harian yang mencukupi untuk peserta pemulihan kami. Kebanyakan daripada mereka datang kepada kami tanpa bekalan makanan yang mencukupi dan kami ingin memberi mereka makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk memulihkan kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Oleh itu, kami memohon bantuan daripada individu, kumpulan masyarakat, dan syarikat yang prihatin untuk menyumbangkan makanan harian dalam bentuk kewangan. Kita dapat membantu memenuhi keperluan mereka dengan memberikan nasi, beras, minyak masak, gula, tepung, bijirin, kacang-kacangan, dan makanan seimbang lainnya.

Membantu mereka yang memerlukan bantuan ini adalah satu tindakan yang sangat terpuji serta wajar diteruskan. Janganlah kita pinggirkan mereka atas sebab perbuatan mereka yang lampau. Bantulah pihak Komuniti Ihsan untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka dan pihak kami amat berbesar hati atas keprihatinan pihak tuan.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Barangsiapa yang membantu meringankan kesulitan seorang muslim, maka Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 10, 2023
NORIKHWAN BIN HJ ABD RAZAK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 03, 2023
SITI NUR FHATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2023
MOHD HANIEF BURHANUDDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

TABUNG BANGUN KEMBALI TANAH PALESTINE
GANTI QURAN KOYAK RM30 BUAT ANAK PELOSOK
SEDEKAH BERAS DI BULAN SYAWAL ZULKAEDAH UNTUK OKU DAN PELAJAR ASNAF
SEDEKAH BANTU ORANG TUA YANG HIDUP DALAM KEMISKINAN
BANTU PARA PEJUANG NAFKAH MENCUKUPI HIDUP
Kempen Sumbangan Tamat